Kit Siang hanya berani dari jauh

Lim Kit Siang - Foto ZAHID IZZANI
Lim Kit Siang - Foto ZAHID IZZANI
A
A
A

KOTA BHARU - Veteran DAP, Lim Kit Siang dinasihatkan menutup mulut dan jangan hanya berani mengkritik pandangan Dr Zakir Naik dari jauh.

Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, Kit Siang sepatutnya menerima pelawaan penganjur sebelum ini untuk berada sepentas dengan Dr Zakir pada program Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019, Jumaat lalu.

Menurutnya, program berkenaan membuka peluang yang luas kepada Kit Siang untuk menyatakan apa sahaja ketidakpuasan terhadap Dr Zakir secara berdepan dan matang.

"Saya selaku Pengarah Program Dr Zakir Naik: The Kelantan Tour 2019 sudah menyediakan kerusi bersama pimpinan jemputan lain. Lama menunggu tapi tidak kunjung tiba.

ARTIKEL BERKAITAN: Kit Siang gesa ambil tindakan kepada Zakir Naik

"Jadi, janganlah hanya berani bercakap dari jauh. Alangkah baiknya jika apa yang dikemukakan ini dilontarkan terus kepada beliau. Apa yang mahu ditakutkan Yang Berhormat," katanya.

Kit Siang dalam satu kenyataan berpendapat, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan terhadap kenyataan dikeluarkan pendakwah antarabangsa, Dr Zakir di Kelantan baru-baru ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mendakwa Dr Zakir mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat India di Malaysia apabila membandingkan nasib diterima penganut Hindu di Malaysia dengan umat Islam di India.

Terdahulu, Che Abdullah yang Ahli Parlimen Tumpat secara terbuka menerusi ceramahnya turut mengajak Kit Siang untuk menghadiri program bersama Dr Zakir di Kelantan dan surat jemputan rasmi sudah diberikan menerusi DAP Kelantan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!