Banjir ragut 17 nyawa di Pakistan
ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya 17 orang maut dalam kejadian banjir melanda Karachi di Pakistan semalam.
Pihak berkuasa berkata, kebanyakan mangsa meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik dan ditimpa bumbung runtuh.
Sejumlah besar bandar itu mengalami terputus bekalan elektrik sehingga beberapa hari lamanya di sesetengah kawasan.
Karachi mengalami hujan lebat akibat monsoon sejak akhir bulan lalu.
Keadaan itu menjejaskan kehidupan hampir 20 juta penduduk di bandar mega itu selain menyebabkan beberapa laluan utama tidak dapat dilalui akibat ditenggelami banjir. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!