Isu bekas pemimpin Umno sertai Bersatu jadi tumpuan

Mohd Muzzammil Ismail
Mohd Muzzammil Ismail
A
A
A

ALOR SETAR - Isu kemasukan beberapa bekas pemimpin Umno ke dalam Bersatu dijangka bakal menjadi tumpuan pada Persidangan Agung Tahunan (PAT) Bersatu 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang bermula esok.

Ketua Penerangan Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bahagian Kuala Kedah, Mohd Muzzammil Ismail berkata, persidangan itu menjadi platform penting ahli akar umbi melihat hala tuju pimpinan Bersatu menangani beberapa perkara sedang berbangkit.

Menurutnya, beberapa usul juga bakal menjadi perhatian dalam perbahasan dan Armada perlu membahas secara agresif bagi membuktikan komitmen dalam mengangkat agenda Islam-Melayu dan Pribumi di negara ini

"Kita perlu tahu, gelaran Umno 2.0 yang diberikan kepada Bersatu oleh sesetengah ahli akar umbi apabila kita digambarkan menjadi parti yang tidak mengambil peduli isu integriti dan salah laku adalah suatu penghinaan yang perlu dipandang serius.

"Dalam usaha memastikan parti terus bergerak memartabatkan perjuangan dan bukannya menjadi retorik, semua usul-usul kali ini perlu dibahas dan kepimpinan parti," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Muzzammil yang juga Exco Armada Pusat berkata, kehadiran 3,000 perwakilan ke Putrajaya mampu memberi anjakan kepada parti melalui perbahasan bernas dan keberanian pembentang menyatakan pendirian dalam membentuk polisi dan dasar parti.

“Antara usul yang akan dibincangkan adalah cadangan satu perwakilan satu undi dalam pemilihan kepimpinan pada masa akan datang selain jawatankuasa khas pemilihan kemasukan pemimpin Umno ke dalam parti ini.

"Selain itu, usul yang turut menarik perhatian adalah penubuhan jawatankuasa khas disiplin parti dan usul pembentukan sayap baharu iaitu wanita muda dan agenda pemerkasaan belia di setiap bahagian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, masanya juga sudah tiba untuk parti tersebut melahirkan 1001 Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) baharu untuk bersama-sama sistem dalaman pengurusan parti bagi terus memperkasakan survival pada masa akan datang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!