Buang rasa takut, curiga: Hannah Yeoh

Hannah
Hannah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Malaysia Baharu kini masih lagi bergelut dengan saki-baki isu perkauman dan ekstremisme selepas peristiwa 9 Mei tahun lalu.

Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh berkata, sehingga kini masih ada yang takut dengan cahaya lampu berbentuk salib atau tulisan kaligrafi Cina di dalam pejabat menteri malah ada pula yang takutkan tulisan jawi.

Menurutnya, rakyat negara ini perlu membuang perasaan takut dan curiga antara satu sama lain dalam usaha menjayakan Malaysia Baharu yang lebih inklusif.

”Ini adalah gambaran kepada diri kita yang kita tuduh kepada orang lain.

“Justeru lebih banyak libat urus dan perbincangan perlu diadakan bagi membuang semua ketakutan yang melanda pihak berkenaan,” katanya menerusi status dimuat naik dalam akaun Facebooknya hari ini.

Hannah mendakwa rakyat seluruh negara terganggu sepanjang dua minggu lalu.

Menjelang Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia bakal disambut ketika kemarahan dan kekecewaan semakin memuncak terhadap kerajaan hari ini, beliau memohon dua perkara dapat diselesaikan.

"Ia termasuk usaha menghapuskan amalan rasuah kerana selepas 9 Mei tahun lalu negara masih berdepan dengan saki-baki kesan daripada amalan rasuah berlaku sebelum ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas isu perkauman, Hannah berkata, benteng itu dilihat digunakan sesetengah pihak untuk menolak setiap polisi diputuskan kerajaan.

"Isu bangsa dan agama yang melampau turut dikaitkan dengan lain-lain kejadian termasuklah kemalangan di jalan raya. Ini kerana ada sesetengah parti politik masih lagi bergantung dengan sentimen ini untuk terus hidup dan kekal relevan.

“Dasar-dasar terbaik tidak terbina melalui ekstremisme. Saki-baki amalan rasuah dan perkauman hanya akan mengembalikan ‘hari kegemilangan’ pihak tertentu dan memberikannya semula kepada mereka adalah tindakan yang tidak bijaksana.

“Jangan benarkan Malaysia Baharu diruntuhkan, kita tidak akan mampu menanggungnya,” tulisnya lagi dalam kenyataan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!