Lelaki warga Indonesia maut dirempuh kereta

Lelaki warga Indonesia maut di tempat kejadian di Kilometer 24 Jalan Lipis-Gua Musang di Lebuhraya CSR pagi tadi.
Lelaki warga Indonesia maut di tempat kejadian di Kilometer 24 Jalan Lipis-Gua Musang di Lebuhraya CSR pagi tadi.
A
A
A

KUANTAN - Seorang lelaki warga Indonesia maut dirempuh sebuah kereta ketika sedang menyelamatkan semua ahli keluarganya yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 24 Jalan Lipis-Gua Musang di Lebuhraya CSR hari ini.

Ketika kejadian kira-kira jam 6 pagi kereta dinaiki mangsa be tiba-tiba rosak dan diberhentikan di bahu jalan.

Wagiman Jemiran, 53, bersama empat ahli keluarga dirempuh sebuah lori ketika kenderaan itu diberhentikan di bahu jalan kerana rosak.

Ketua Polis Daerah Lipis, Deputi Superintendan Azly Mohd Noor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dan keluarganya dalam perjalanan dari arah Tanah Merah, Kelantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Tiba di lokasi, kenderaan dinaiki mangsa sekeluarga rosak dan terpaksa diberhentikan di bahu jalan. Bagaimanapun datang sebuah lori merempuh dari arah belakang menyebabkan kereta mangsa melintang di atas jalan.

"Selepas mengeluarkan kesemua ahli keluarga, mangsa membuat kawalan lalu lintas di tengah jalan tetapi bernasib malang apabila dirempuh pula sebuah kereta yang melalui kawasan itu," katanya.

Menurutnya, mangsa yang beralamat di Jalan Melati Kampung Kebun Baru, Telok Panglima Garang, Selangor, maut di tempat kejadian akibat dilanggar sebuah Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 37 tahun.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk tujuan bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

"Pihak polis sedang mengesan pemandu lori yang bertindak melarikan diri selepas melanggar kenderaan mangsa.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!