Nekad terjun dari rumah terbakar
SANDAKAN - Sepasang adik-beradik nekad terjun dari tingkat dua rumah mereka yang terbakar di Batu 2 di sini tengah hari tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Jimmy Lagung berkata, mangsa dikenali sebagai Marina Zulfiqar, 24 dan adik lelakinya Risqi, 8 masing-masing cedera di bahagian kaki dan tangan ketika terjun untuk menyelamatkan diri.
"Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Duchess of Kent oleh orang awam untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan di sini.
Beliau berkata, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.33 tengah hari dan dan tiba di tempat kejadian beberapa minit kemudian.
Katanya api berjaya dikawal dalam masa 15 minit dan padam sepenuhnya dua jam kemudian dan rumah tersebut musnah 100 peratus. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!