Bunuh warga emas: Dua lelaki ditahan bantu siasatan

Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif paembunuhan seorang warga emas di Tebuk Pulai semalam.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif paembunuhan seorang warga emas di Tebuk Pulai semalam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di rumahnya di Tebuk Pulai semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata, kedua-dua individu berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan dalam dua serbuan berasingan di daerah ini.

Menurutnya, tangkapan pertama dilakukan pada jam 7 malam kelmarin semalam manakala tangkapan kedua pada jam 1.10 pagi semalam.

"Kedua-dua mereka direman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam). Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif kejadian dan suspek yang terlibat," katanya.

Chee Khoon berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu bukan bermotif samun dan turut menolak penglibatan mana-mana kongsi gelap.

Sinar Harian semalam melaporkan, seorang nenek ditemui mati di rumahnya manakala cucunya cedera parah dipercayai diserang lima lelaki bertopeng bersenjatakan parang di Kampung Tebuk Pulai.

Kejadian jam 4.30 pagi itu disedari jiran mangsa apabila terdapat kesan pecah pada pintu hadapan rumah.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan manakala manakala cucunya parah di lengan tangan kiri, paha, betis kiri dan tapak kaki kanan.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek maut, cucu parah diserang lima lelaki bertopeng

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!