Bomoh, kekasih didakwa amal ritual pelik

Bomoh wanita dari Sarawak bersama teman lelakinya didakwa memukul seorang wanita di Machang dua minggu lalu.
Bomoh wanita dari Sarawak bersama teman lelakinya didakwa memukul seorang wanita di Machang dua minggu lalu.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang bomoh wanita dari Sarawak dan teman lelakinya yang juga Konstabel Percubaan Polis dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memukul seorang wanita sehingga cedera parah.

Bagaimanapun, tertuduh, Siti Nurul Iman Abdullah, 29 dan Mohd Haziq Ab Hamid @ Fauzi, 27, juga anggota polis yang lari daripada tugas mengaku tidak bersalah pertuduhan berkenaan di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin.

Kedua-duanya didakwa bersama seorang yang masih belum dituduh dengan sengaja menyebabkan Siti Normah Abdullah, 59, cedera parah di sebuah rumah di Machang kira-kira jam 11 pagi pada 14 Disember lalu.

Tertuduh didakwa melakukan ritual pelik dengan memukul mangsa menggunakan buluh dan kayu selepas mangsa mendakwa melihat kelibat hantu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar tidak menawarkan sebarang jaminan namun Mohd Haziq diwakili peguam Ahmad Farhan Abdul Halim merayu mahkamah memberikan jaminan.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM15,000 setiap tertuduh dan menetapkan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!