Warga Singapura hilang: Kayak, barang peribadi mangsa ditemui

Kayak yang ditemui mangsa ditemui.
Kayak yang ditemui mangsa ditemui.
A
A
A

MERSING - Sebuah kayak yang dipercayai milik dua warga Singapura yang dilaporkan hilang di kedudukan lebih kurang lima batu nautika Timur Pulau Aceh, Endau di sini sejak Khamis lepas, ditemui tengah hari tadi.

Kayak tersebut ditemui nelayan tempatan di kedudukan lebih kurang 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Kuantan Pahang pada jam kira-kira 12.30 tengah hari.

Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, turut ditemui bersama-sama kayak adalah barang-barang peribadi yang dipercayai juga milik mangsa.

Antara peralatan peribadi milik mangsa yang turut ditemui.
Antara peralatan peribadi milik mangsa yang turut ditemui.

"Ia termasuklah dua beg duit berisi wang tunai Malaysia dan Singapura, satu telefon bimbit dan satu pasport Singapura milik Tan Eng Soon, 62.

"Selain itu, satu beg pakaian, satu kad pengenalan diri dan satu pendayung," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Aminuddin berkata, jarak lokasi penemuan dengan lokasi terakhir mangsa hilang pada enam hari lalu adalah sekitar 80 batu nautika.

"Kayak dan semua barang yang ditemui oleh nelayan tersebut telah selamat diserahkan petang tadi kepada pihak Maritim Negeri Pahang untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan:

"Dengan penemuan ini, operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diatur dan dirancang bersesuaian dengan data-data yang diperoleh melalui petunjuk baru itu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!