Maszlee pertahan Tun M, dakwa MP Klang sebar pembohongan

Maszlee Malik. - Foto Bernama
Maszlee Malik. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang yang mengutamakan kepentingan serta pandangan semua pihak dan setiap keputusan yang dibuat di peringkat kerajaan atau Pakatan Harapan (PH) merupakan keputusan bersama, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Tegasnya, kenyataan yang dikeluarkan oleh Ahli Parlimen Klang daripada DAP, Charles Santiago yang mendakwa kononnya Dr Mahathir sering membuat keputusan bersendirian berhubung isu penting dan sensitif disifatkan sebagai tidak berasas dan satu pembohongan.

“Saya percaya ahli mesyuarat jemaah menteri yang lain boleh mengesahkan perkara ini. Isu seperti Statut Rom, Lynas, ICERD (Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum) dan pelbagai isu lain telah dibincang dan diputuskan secara terbuka dan penuh muafakat.

ARTIKEL BERKAITAN: MP Klang desak kaji semula isu Dr Zakir Naik, tulisan khat

“Untuk itu, kenyataan yang mengaitkan Perdana Menteri membuat keputusan secara unilateral adalah tidak berasas dan satu pembohongan nyata,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, Santiago mendakwa Dr Mahathir sering membuat keputusan secara unilateral.

Dakwanya, ada terlalu banyak kuasa di tangan Perdana Menteri yang sepatutnya dikongsi secara sama rata dalam kalangan parti komponen PH.

Dakwanya lagi, Dr Mahathir sering membuat keputusan bersendirian bagi pihak rakyat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!