Isu Zakir Naik: Kula Segaran dikecam guna kepala surat kementerian

Kenyataan media Kula Segaran yang dikongsi pemilik akaun Facebook Sedar Malaysia. Gambar kanan: Kenyataan media Kula Segaran yang menggunakan surat rasmi kementeriannya.
Kenyataan media Kula Segaran yang dikongsi pemilik akaun Facebook Sedar Malaysia. Gambar kanan: Kenyataan media Kula Segaran yang menggunakan surat rasmi kementeriannya.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran menggunakan surat berserta logo kementeriannya bagi mendesak tindakan terhadap penceramah dari India, Dr Zakir Naik hari ini mendapat kecaman pelbagai pihak di media sosial.

Tinjauan Sinar Harian di laman sosial Facebook mendapati, satu pemilik akaun yang menggunakan nama Sedar Malaysia turut berkongsi kenyataan media Kula Segaran yang juga Naib Presiden DAP itu.

Kenyataan yang dimuat naik kira-kira dua jam lalu itu telah mendapat 107 tanda suka dan 39 komen telah ditinggalkan di perkongsian berkenaan.

Rata-rata pengguna Facebook yang meninggalkan komen di ruang itu turut mengecam keras tindakan menteri Kabinet itu kerana didakwa menyalahgunakan surat kementerian untuk mengeluarkan kenyataan bersifat peribadi.

Sebelum ini, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dan Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching turut dikritik kerana mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Cina menggunakan surat rasmi kementerian mereka.

Terdahulu, kenyataan Ahli Parlimen Ipoh Barat itu diperoleh media pada pagi tadi.

Menerusi kenyataan itu, Kula Segaran menggesa tindakan diambil terhadap penceramah dari India, Dr Zakir kerana mempersoalkan kesetiaan masyarakat Hindu di negara ini.

Katanya, Dr Zakir sebagai orang asing yang hanya memiliki sedikit pengetahuan mengenai sejarah Malaysia tidak berhak merendahkan rakyat negara ini.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Sepang petang tadi mengulangi pendirian beliau untuk tidak menghantar pulang penceramah dari India, Dr Zakir Naik pulang ke negara asalnya.

Katanya, ini kerana beliau bimbang sekiranya pendakwah itu mungkin di bunuh di India nanti.

ARTIKEL BERKAITAN:

Kula Segaran gesa tindakan terhadap Zakir Naik

'Kita tak hantar Zakir pulang kerana bimbang beliau dibunuh'

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!