Anggota TUDM maut digilis treler

Anggota TUDM meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditungganginya dipercayai bergesel dengan sebuah treler di susur Lebuhraya NKVE menghala Subang pagi tadi.
Anggota TUDM meninggal dunia di lokasi kejadian selepas motosikal ditungganginya dipercayai bergesel dengan sebuah treler di susur Lebuhraya NKVE menghala Subang pagi tadi.
A
A
A

SETIA ALAM - Seorang anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut selepas terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan mangsa turut digilis di susur Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala Subang pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi itu, motosikal ditunggangi mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah treler.

Menurutnya, kejadian menyebabkan mangsa yang datang dari arah Plaza Tol Setia Alam terjatuh dan digilis oleh kenderaan berat terbabit.

“Mangsa, Mohd Aizul Shazwan Anuar, 29, beralamat di Markas Tentera Udara, Kementah Jalan Padang Tembak Kuala Lumpur disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

"Hasil siasatan kejadian berlaku selepas mangsa dikatakan selesai membayar cukai di Setia Alam dan dalam perjalanan balik ke Kem TUDM," katanya.

Beliau berkata, pemandu treler berusia 42 tahun beralamat di Ayer Tawar, Perak dikesan menerusi seorang saksi bebas selepas kejadian.

Bagaimanapun, pemandu treler terbabit mendakwa tidak tahu dia terlibat dengan kemalangan dan tidak merasai apa-apa semasa memandu kenderaan berat itu.

Katanya, pemeriksaan fizikal treler tidak menemui sebarang kesan gesel atau pelanggaran dengan motosikal mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Treler ditahan untuk pemeriksaan lanjut oleh Jabatan Kimia.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!