Keputusan bedah siasat Nora Anne ambil masa
SEREMBAN - Keputusan laporan bedah siasat mayat remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, yang hilang dari resort penginapan The Dusun Pantai Hill di sini 4 Ogos lalu mengambil masa untuk dilengkapkan.
Timbalan Ketua Polis Negeri Sembilan, Che Zakaria Othman berkata, pihaknya menjangkakan keputusan hanya diperolehi selepas tiga jam.
"Laporan bedah siasat mangsa dijangka ambil masa lama, dua tiga jam belum tentu," katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar(HTJ) di sini hari ini.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nora Anne teruja lihat air terjun, dedah sukarelawan
10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai
Sementara itu, pengamal media yang berkumpul di jabatan berkenaan seawal jam 6.30 pagi tadi masih belum berganjak dari lokasi.
Terdahulu keluarga Nora Anne dilihat datang ke jabatan itu kira-kira jam 9.20 pagi dengan mengikut pintu belakang.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!