Tragedi Nora Anne: Polis teruskan SAR
SEREMBAN - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) berhubung tragedi kehilangan remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 di sekitar resort The Dusun Hill di sini masih dijalankan seperti yang disahkan Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop.
Menerusi sidang media sebelum ini, Mohammad berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di lokasi kejadian itu tidak akan dihentikan sehingga keputusan bedah siasat diperoleh.
Namun sesekali kelihatan kenderaan polis turun naik sekitar resort sebagai mana disahkan berhubung SAR masih berjalan.
Ketika tinjauan dilakukan, media berkesempatan bertemu Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Nor Marzukee Besar bagi bertanyakan mengenai perkembangan lanjut kes tersebut.
Bagaimanapun, Mohd Nor Marzukee menegaskan segalanya akan dimaklumkan menerusi sidang media dalam masa terdekat.
Semalam, mayat perempuan yang ditemui berhampiran resort The Dusun Hill petang semalam disahkan milik remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 yang hilang sejak 4 Ogos lalu.
Pengesahan itu dibuat oleh keluarganya ketika pengecaman dilakukan di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban malam tadi.
ARTIKEL BERKAITAN:
Nora Anne teruja lihat air terjun, dedah sukarelawan
10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai
Polis sahkan mayat ditemukan Nora Anne
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!