Keluarga Nora Anne ucap terima kasih

Kejadian yang menimpa Nora Anne membawa kepada penyatuan negara Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia - Foto The Blackman Trust
Kejadian yang menimpa Nora Anne membawa kepada penyatuan negara Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia - Foto The Blackman Trust
A
A
A

SEREMBAN - Keluarga gadis Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) anak gadisnya yang hilang sejak 4 Ogos lalu.

Kenyataan itu yang dikeluarkan melalui The Lucie Blackman Trust turut mengucapkan terima kasih kepada penduduk setempat di sini sama ada yang jauh mahupun dekat yang memberikan sokongan kepada keluarga Nora Anne.

"Nora telah membawa kepada penyatuan negara dari Perancis, Ireland, Britain dan Malaysia, selain menyatakan sokongan mereka terhadap keluarga Nora.

"Kejadian ini benar-benar memberi kesan kepada seluruh dunia," katanya.

Katanya lagi, Nora Anne merupakan gadis yang istimewa dan berharga buat keluarga tersebut malahan menyifatkan kejadian yang menimpa anak gadisnya itu sesuatu tidak dapat ditanggung.

"Kami akan sentiasa menyayangi Nora," kata kenyataan itu lagi.

ARTIKEL BERKAITAN 10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai

ARTIKEL BERKAITAN Nora Anne teruja lihat air terjun, dedah sukarelawan

Artikel Berkaitan:

Perkembangan kes Nora Anne Quoirin, 15, di Hospital Tuanku Jaafar di Seremban.

Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Tuesday, August 13, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!