DAP perlu ‘cuci kepala’ Dong Zong: Rais Yatim

Hantaran Rais di laman mikro Twitternya hari ini.
Hantaran Rais di laman mikro Twitternya hari ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan, Tan Sri Dr Rais Yatim mencadangkan pemimpin DAP ‘mencuci kepala’ Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong).

Katanya, ia susulan kelantangan Dong Zong yang mengkritik pengenalan tulisan jawi dan seni khat dalam buku teks Bahasa Melayu tahun empat.

“Kelantangan Dong Zong dan rakan-rakannya disebabkan mereka tahu semua pagar untuk bersifat silu segan dah tak ada. Orang Melayu pula dah dalam keadaan simpang-perenang dalam perpecahan politik.

“Kerja mencuci kepala mereka mesti dibuat kini oleh (Lim) Kit Siang (pemimpin veteran DAP) dan rakan-rakan,” katanya bekas Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam satu hantaran di Twitter hari ini.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa Dong Zong adalah satu kumpulan rasis dan ia tidak pernah berjuang untuk Malaysia secara keseluruhannya, kecuali untuk satu kaum di negara ini.

Bagaimanapun, Dong Zong menafikan kononnya mereka rasis dan menolak segala usaha kerajaan dalam pendidikan.

ARTIKEL BERKAITAN: Dong Zong memang rasis, hanya cakap soal orang Cina: PM

Dong Zong tolak label rasis

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!