Padah kail duit tabung masjid
Tertuduh, Muhammad Afizawani Matang, 43, dijatuhi hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah di hadapan Penolong Kanan Pendaftar, Noradila Ab Latif.
Muhammad Afizawani didakwa mencuri RM62 kepunyaan di Masjid Gelugor Haji Tahir, Gelugor Kedai kira-kira jam 2.45 petang di masjid berkenaan pada 21 Disember lalu
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Zafirah Rosli manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Berdasarkan fakta kes, pengadu bersama dua rakannya berada di bilik kamera litar tertutup (CCTV) Masjid Gelugor Haji Tahir untuk melihat rakaman CCTV, namun mereka melihat tertuduh masuk ke dalam masjid dalam keadaan mencurigakan.
Selepas itu, mereka keluar dari bilik CCTV itu dan terus menuju ke ruang hadapan masjid dan mendapati terdapat seorang lelaki, iaitu tertuduh sedang mengail tabung masjid menggunakan sebatang besi dan beberapa keping wang kertas berada dengannya.
Pengadu telah berhubung dengan ahli jawatankuasa masjid, yang kemudiannya menghubungi polis untuk siasatan lanjut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!