Cubaan seludup anjing dari Thailand gagal

Anjing baka Pomerania dari Thailand ditahan oleh Maqis manakala individu yang membawa masuk dikenakan tindakan tegas.
Anjing baka Pomerania dari Thailand ditahan oleh Maqis manakala individu yang membawa masuk dikenakan tindakan tegas.
A
A
A

BUKIT KAYU HITAM - Cubaan menyeludup seekor anjing baka Pomerania yang bernilai RM500 masuk ke Malaysia melalui Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, di sini hari ini, gagal.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya menahan sebuah motosikal yang membawa seekor anjing dari negara Thailand tanpa sebarang dokumen yang sah.

Pengarah Maqis Negeri Kedah, Lily Rosalind berkata, haiwan tersebut akan ditahan dan individu tersebut akan dikenakan tindakan yang tegas kerana gagal mematuhi syarat import yang telah ditetapkan.

"Penahanan anjing tersebut adalah bertujuan untuk mengawal virus anjing gila (Rabbies) sekiranya menjangkiti manusia boleh menyebabkan kematian," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Lily, perbuatan mengimport haiwan tanpa permit yang sah dari Maqis adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3), akta yang sama.

Menurutnya, jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!