Lelaki dibelasah dipercayai lakukan hubungan sejenis
Video berdurasi 1.36 minit itu memaparkan dua lelaki separuh bogel berada di bahagian pemandu dan penumpang dengan hanya memakai seluar dalam.
Setelah diterjah oleh sekumpulan lelaki, mereka panik dan tergesa-gesa menyarung semula seluar pendeknya serta memakai baju setelah dimarahi kerana berlakukan sumbang di kawasan gelap.
Mereka menaiki Proton Satria Neo itu diminta untuk keluar sebelum dipukul beberapa kali oleh kumpulan lelaki berkenaan.
Rakaman audio itu juga jelas meminta remaja berkenaan menyerahkan kad pengenalan namun dikatakan mereka tidak membawanya.
Menerusi visual dan audio rakaman tersebut, sekumpulan lelaki itu dipercayai datang menunggang motosikal serta menyarung vest keselamatan.
Namun tidak dipastikan sama ada mereka adalah pegawal keselamatan atau penguat kuasa agensi berkaitan yang ditugaskan untuk melakukan rondaan di kawasan tersebut.
Malah lokasi kejadian itu juga tidak dapat dipastikan.
Sehingga kini, video yang tular di Twitter meraih sebanyak 234,000 tontonan, dan lebih 7,000 ciapan dari netizen.
Netizen pada masa sama menyelar tindakan sekumpulan lelaki yang memukul lelaki itu kerana itu bukan cara mendidik.
Meskipun benar remaja itu melakukan kesalahan tetapi mereka perlu diserahkan kepada pihak berkaitan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!