[VIDEO] Kes Nora Anne: Pendakwa Raya Paris buka kertas siasatan jenayah

Foto Bernama
Foto Bernama
A
A
A

PARIS - Pejabat pendakwaan di Paris membuka kertas siasatan jenayah terhadap kematian remaja Ireland - Perancis yang ditemukan mati dalam hutan di Malaysia.

Menurut seorang jurucakap, bedah siasat yang dijalankan sudah selesai namun polis Malaysia berkata pasukan forensik masih berusaha untuk menentukan punca kematian Nora Anne Quoirin, 15.

Pada 9 Ogos lalu, pasukan pendakwaan Paris juga membuka kertas siasatan jenayah kes Nora Anne kerana penculikan, kata jurucakap kepada Reuters melalui mesej teks.

Sebelum ini, pendakwa raya Perancis kerap menjalankan siasatan terhadap kes-kes melibatkan warga Perancis di luar negara dan dalam kes tersebut, bapa Nora Anne ialah rakyat negara tersebut.

Nora Anne dilaporkan hilang pada 4 Ogos, sehari selepas tiba bersama keluarganya untuk percutian dua minggu di resort The Dusun di Pantai, Negeri Sembilan.

Serentak itu, pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat yang secara keseluruhan melibatkan 353 anggota dari PDRM, Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), Komando VAT69, Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan dan sukarelawan.

Mayat remaja itu ditemukan di kawasan lurah, 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarga itu oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi mencari dan menyelamat pada jam 1.57 tengah hari Selasa lalu.

Dalam pada itu, Wisma Putra memaklumkan akan membantu dari segi dokumentasi dan bekerjasama dengan kedutaan Ireland bagi menguruskan mayat remaja tersebut.

Artikel Berkaitan:

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, setakat ini, kerajaan Malaysia memberikan bantuan melalui pelbagai kementerian dan agensi kepada keluarga remaja itu.

Beliau berkata, wakil polis dari Ireland dan Perancis mendapat kebenaran untuk berada di dalam bilik bedah siasat sebagai pemerhati.

Sidang media oleh PDRM berkaitan kes remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.

Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Wednesday, August 14, 2019

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!