[VIDEO] Agong, Permaisuri rakam takziah atas kematian Nora Anne

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah merakamkan dukacita atas kematian Nora Anne Quoirin.

Remaja Perancis-Ireland itu ditemui mati pada Selasa, setelah dilaporkan hilang pada 4 Ogos selepas sehari dia dan keluarganya mendaftar masuk ke sebuah resort berhampiran Seremban untuk percutian selama dua minggu di Malaysia.

"Seri Paduka berdua amat sedih apabila mendengar tentang kematian Nora Anne Quoirin," kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Seri Paduka berdua turut mengucapkan takziah dan simpati kepada ibu bapa Nora Anne, saudara kandung dan kaum keluarganya.

Sidang media oleh PDRM berkaitan kes remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15.

Posted by Sinar Harian Edisi Melaka & Negeri Sembilan on Wednesday, August 14, 2019

Ahmad Fadil berkata Al-Sultan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat serta sukarelawan yang terbabit dalam operasi mencari remaja berkeperluan khas itu.

Beliau berkata Seri Paduka turut mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa dari Britain, Perancis dan Ireland kerana sokongan yang dihulur dalam kes Nora Anne.

"Seri Paduka menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini sehingga siasatan polis selesai,” kata Ahmad Fadil.

Artikel Berkaitan:

Mayat remaja berusia 15 tahun itu dijumpai di kawasan lurah berhampiran anak sungai kira-kira 2.5 kilometer dari resort penginapan keluarganya.

Pihak berkuasa Malaysia melancarkan operasi mencari dan menyelamat besar-besaran untuk mencari remaja itu, bagaimanapun, pencarian itu berakhir dengan kesedihan apabila mayatnya dijumpai pada hari ke-10 operasi. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN: 10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!