'Saya belum terima surat saman'

Ikmal Hisham
Ikmal Hisham
A
A
A

TANAH MERAH - Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz menyatakan beliau masih belum menerima sebarang surat berhubung saman yang dikeluarkan UMNO.

Saman itu berhubung pelbagai kes termasuk pecah amanah, langgar kontrak dan dua tuduhan lain terhadap beliau dan dua lagi Ahli Parlimen Larut dan Jeli ketika mereka berada dalam parti itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah blog akhbar tempatan semalam.

Menurut beliau yang dihubungi Sinar Harian hari ini, sekiranya beliau menerima surat saman itu dalam masa terdekat beliau akan mengusulkan hal itu kepada peguamnya untuk tindakan lanjut.

Dalam laporan semalam, tiga bekas pemimpin UMNO disaman parti itu selepas mereka didakwa melakukan pecah amanah, melanggar kontrak dan dua tuduhan lain, lapor sebuah portal berita.

Mereka yang disaman itu ialah Mustapa Mohamed, Hamzah Zainuddin dan Ikmal Hisham yang masing-masing merupakan Ahli Parlimen Jeli, Larut dan Tanah Merah.

Dua lagi tuduhan yang dikaitkan kepada mereka ialah penggayaan tidak wajar serta jangkaan sah.

Tiga pemimpin itu meninggalkan UMNO dan menjadi anggota parlimen bebas buat sementara sebelum akhirnya memohon menyertai Bersatu.

Saman tersebut dikemukakan Setiausaha Eksekutif UMNO, Mohd Sumali Reduan bagi pihak UMNO dan BN.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan belum ada tarikh ditetapkan untuk mendengar kes tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/42943/BERITA/Nasional/Tiga-pemimpin-UMNO-lompat-parti-disaman

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!