Rempuh 5 pemotong rumput: Adik rayu bantu kakak pulang

Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kematian lima pemotong rumput dan kerosakan harta awam.
Wanita berusia 30 tahun itu didakwa memandu dengan cuai mengakibatkan kematian lima pemotong rumput dan kerosakan harta awam.
A
A
A

KOTA BHARU - Adik pemandu yang terlibat dalam kemalangan maut di daerah Rattaphum, Songkla, Farizatul Akma Mohd Azalan merayu agar ada pihak yang sudi membantu keluarganya membawa pulang kakaknya, Melinda Susilanini yang kini masih ditahan di negara jiran itu.

Melinda ditahan selepas terlibat dalam kemalangan maut yang mengakibatkan kematian lima pemotong rumput yang sedang berehat di tepi Jalan Hatyai-Satun, Selasa lalu.

Farizatul berkata, pihaknya memerlukan sekurang-kurangnya RM60,000 untuk jaminan dan juga memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang terlibat.

“Buat masa sekarang ini kakak (Melinda) masih ditahan di sana dan dijaga oleh konsulat di sana. Saya mohon kepada mereka yang sudi membantu kami kerana wang jaminan tersebut masih belum mencukupi.

“Saya juga baru sahaja pulang dari Songkla hari ini dan perlu menguruskan beberapa perkara penting di sini bersama ibu saya, sementara kakak pula dikatakan akan dibicarakan esok di sana,” katanya.

Farizatul yang dihubungi Sinar Harian itu turut memberitahu, keadaan ibunya juga masih belum stabil sepenuhnya dan trauma dengan kejadian tersebut.

Bagaimanapun, mereka tetap menguatkan semangat untuk menyelesaikan semua urusan selain memberi pampasan kepada keluarga mangsa yang maut.

Farizatul juga berharap agar masyarakat tidak memandang serong kepada kakaknya, tambahan pula kejadian tersebut adalah di luar kawalan.

Artikel Berkaitan:

“Saya merayu semua pihak agar tidak pandang serong dan salahkan kakak saya, semuanya di luar kawalan. Kami masih trauma dengan apa yang berlaku. Sokongan dan doa seluruh rakyat Malaysia amat kami perlukan,” katanya.

Ketika kejadian, Farizatul yang dan Melinda yang bekerja di Kuala Lumpur pulang ke Wakaf Bharu, Kelantan untuk beraya bersama keluarga, selain mahu melawat beberapa keluarga di selatan Thai.

Dalam kejadian tersebut, kenderaan di pandu Melinda didakwa gagal dikawal dan menyebabkan kematian lima pemotong rumput yang berehat di tepi jalan.

Kepada mana-mana pihak yang mahu menghulurkan bantuan, boleh menghubungi keluarga Farizatul atau pun salurkan bantuan melalui akaun Maybank, Nik Rosnani Nik Li (164164865699).

ARTIKEL BERKAITAN: Lima pemotong rumput maut dirempuh

Rempuh 5 pemotong rumput: Pemandu Malaysia tiada lesen sah

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!