Ikan pun kau rembat!
BAGAN SERAI - Tiga peniaga kerugian lebih RM1,000 apabila sembilan kotak polisterina yang mengandungi ikan segar dilarikan dua lelaki bertopeng di Pasar Awam Parit Buntar, di sini semalam.
Dalam dua video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di Facebook itu merakam gelagat dua suspek melarikan stok jualan ikan milik peniaga.
Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi itu, suspek bertindak menutup muka dengan menggunakan baju menggeledah ruang niaga dan bergilir-gilir mengangkat kotak berkenaan sebelum melarikan diri dengan menggunakan sebuah pacuan empat roda.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kerian, Deputi Superintendan Sanusi Salleh mengesahkan menerima laporan tersebut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian itu diminta tampil menyalurkannya di balai polis berhampiran.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!