Disaman UMNO: Tak ada apa nak komen, kata Tok Pa

427852
427852
A
A
A

JELI- "Tak ada apa nak komen," jawapan ringkas Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika diminta mengulas isu saman difailkan UMNO terhadap dirinya.

Mustapa ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini seolah enggan mengulas lanjut tentang isu berkenaan.

Semalam, media melaporkan UMNO memfailkan saman terhadap tiga bekas Ahli Parlimen parti itu iaitu Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin bagi menuntut ganti rugi kerana didakwa melanggar kontrak, amanah dan mendapat kekayaan yang tidak sepatutnya.

Saman tersebut difailkan oleh Setiausaha Kerja Barisan Nasional (BN) dan pegawai awam UMNO iaitu Datuk Sumali Reduan dan Datuk Seri Abu Khamis selaku plaintif sebagai melalui Tetuan Apandi Ali & Co, pada Selasa lalu.

Mustapa dan Ikmal Hisham memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kota Bharu di Kelantan manakala saman terhadap Hamzah difailkan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

Mustapa, Ikmal Hisham dan Hamzah masing-masing yang dinamakan sebagai defendan telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Melalui saman itu, kedua-dua plaintif mendakwa semua defendan mempunyai hubungan kontrak dengan UMNO apabila diterima menjadi ahli.

ARTIKEL BERKAITAN Tiga pemimpin UMNO lompat parti disaman

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!