Belukar 0.4 hektar terbakar

Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman di kawasan belukar di sini.
Anggota bomba melakukan kerja-kerja pemadaman di kawasan belukar di sini.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Tindakan individu membakar sampah terbuka menyebabkan belukar seluas 0.4 hektar yang terletak berhadapan sebuah sekolah asrama di Pasir Penambang di sini terbakar semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Selangor, Mohd Faisal Jumari berkata, pihaknya menerima panggilan jam 6.17 petang sebelum pasukannya diketuai Komander Operasi, Ahmad Rozali Jaimi bersama anggotanya dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kebakaran dipercayai baru berlaku memandangkan api tidak terlalu marak semasa kerja pemadaman dilakukan," katanya.

Katanya, pihaknya mengambil masa kira-kira 13 minit bagi memadam kebakaran berkenaan.

"Operasi pemadaman sepenuhnya tamat pada jam 6.37 petang dan tiada mangsa terbabit dalam kebakaran ini," katanya.

Beliau memberitahu, orang ramai dinasihatkan tidak melakukan pembakaran terbuka terutama di tempat awam, premis dan kediaman.

“Dalam cuaca panas, kebakaran kecil boleh mengundang kepada bencana kerana api cepat merebak,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!