Terminum air yang mengandungi semut

A
A
A

KATA orang, kita akan menjadi seorang yang pelupa jika terminum air yang mengandungi beberapa ekor semut.

Malah, kata-kata itu sudah sebati dalam diri hingga melekat di minda kebanyakan masyarakat.

Namun, sejauhmana kebenarannya tidak diketahui.

Apakah pandangan menurut perspektif Islam dan bolehkah air itu diminum?

Menjawab persoalan itu, kita perlu fahami dahulu tentang jenis binatang.

Para ulama membahagikan binatang kepada dua jenis iaitu binatang yang mempunyai darah mengalir dan yang tiada darah mengalir, seperti dinukilkan daripada kitab al-Iqna’ oleh Imam Khatib al-Syirbini dalam Mazhab Syafie.

Binatang jenis serangga seperti penyengat, lalat, semut dan selainnya mempunyai jenis darah yang tidak mengalir.

Adapun semut ialah binatang yang selalu ada di samping kita dan sukar dielakkan khususnya dalam masakan, gula dan selainnya, termasuk sebagai ummu balwa (perkara yang dimaafkan syarak dan sukar dielakkan).

Artikel Berkaitan:

Tambah Imam al-Syirbini lagi: "Jika binatang tadi masuk ke dalam air, maka ia tidak menajiskan dengan dua syarat; tidak dimasukkan dengan sengaja dan tidak merubah bau, rasa dan warna."

Tentang persoalan makan semut akan menjadi pelupa dan selainya, tiada dalil yang jelas berkenaan perkara itu dan perlu dirujuk kepada pakar perubatan.

***Ustaz Mustafar Mohd Suki merupakan Fellow Pertubuhan Multaqa Asatizah & Duat (Murshid), pendakwah dan penulis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!