Aktif di Instagram bukan kerana menang award: Jay Iswazir
Bukan sahaja mendapat lebih banyak peluang berlakon, tetapi namanya juga semakin dikenali berbanding sebelum ini.
Melihat perkembangan itu, Jay kini semakin aktif mengemas kini laman Instagramnya untuk memudahkan peminat untuk mengikuti perkembangan tentang diri dan kerjaya seninya.
“Saya semakin aktif di laman sosial bukan kerana dah menang anugerah atau terikut-ikut dengan trend, tetapi sebagai memenuhi keperluan untuk berkongsi tentang perkembangan kerjaya seni.
“Memang sebelum ini saya tidak begitu aktif sebagaimana sekarang menyebabkan orang susah nak tahu tentang saya. Malah, mereka yang tak kenal saya selalu fikir saya terlalu serius, sedangkan pada realitinya tidak begitu.
“Jadi selepas semakin aktif di Instagram, mereka lebih mengenali diri saya yang sebenar. Alhamdulillah ramai yang memberikan respon yang positif apabila saya banyak berkongsi di Instagram,” ujarnya.
Bagaimanapun, Jay dalam masa yang sama mengakui sentiasa berhati-hati agar tidak berlebihan dalam perkongsian yang dilakukan kepada umum.
“Kawan lama saya, Nad Zainal selalu menasihati agar saya sentiasa tahu apa kehendak orang pada saya. Jadi saya melihat ada keperluan saya menggunakan media sosial untuk tujuan itu.
“Bagaimanapun saya hanya akan kongsi apa yang saya mahu kongsikan. Sesuatu yang dengan kerelaan dan kemampuan saya,” katanya yang mencuri perhatian ramai di pementasan Bangsawan Zhao Si Anak Yatim baru-baru ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!