Malindo mulakan penerbangan KL-Denpasar-Sydney

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MALINDO Air memulakan perkhidmatan penerbangan Kuala Lumpur-Denpasar (Bali)-Sydney dengan pesawat sulungnya mendarat di Lapangan Terbang Sydney, di sini, pada tengah hari Khamis waktu tempatan.

Penerbangan Malindo Air OD171 yang membawa 141 penumpang itu, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.15 malam tadi dan menandakan laluan terbaharu dalam rangkaian penerbangan menyeluruh syarikat penerbangan tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata Malindo teruja untuk menambah bandar raya Sydney ke dalam rangkaian penerbangannya.

“Sambungan penerbangan ini akan menarik penumpang perniagaan dan juga pelancong, ia dijangka dapat meningkatkan trafik penumpang di samping menggalakkan ekopelancongan tempatan,” katanya kepada pemberita Malaysia selepas Acara Perdagangan Penerbangan Sulung Kuala Lumpur-Sydney, di sini, hari ini.

Beliau berkata syarikat penerbangan itu merancang meningkatkan kekerapan penerbangan KL-Sydney menerusi Denpasar dalam tempoh terdekat ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lapangan Terbang Sydney Geoff Culbert berkata penerbangan itu akan menjadi berita gembira bagi pelanggan kerana ia akan menyediakan pilihan yang lebih luas kepada mereka selain peluang pertumbuhan perdagangan.

“Kami berbesar hati mengalu-alukan penerbangan Malindo Air ke Lapangan Terbang Sydney yang dapat memperkuatkan lagi rangkaian Asia kami dan menyediakan lebih banyak pilihan kepada pelanggan,” katanya.

Sydney adalah destinasi kelima Malindo dalam rangkaiannya di Australia selepas Perth, Brisbane, Melbourne dan Adelaide.

Artikel Berkaitan:

Penerbangan harian itu beroperasi menggunakan pesawat Boeing 737-800/900, yang menawarkan 12 tempat duduk kelas perniagaan dan 150/168 tempat duduk kelas ekonomi. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!