Kereta hanyut dalam banjir kilat
SUBANG JAYA - Ratusan kenderaan terperangkap akibat banjir kilat di sekitar Persiaran Kewajipan dari USJ menghala ke Puchong petang tadi.
Insiden beberapa kenderaan yang hanyut dalam takungan air di laluan jalan berhadapan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya turut dirakam orang awam dan tular di media sosial.
Dalam video berdurasi 22 saat itu, tiga kereta kelihatan melalui laluan takungan air tersebut sebelum dua daripadanya berpusing.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman mengesahkan kejadian itu berlaku di depan IPD Subang Jaya.
Menurutnya, setakat ini belum dapat dipastikan jumlah sebenar kenderaan yang terjejas akibat bencana itu.
“Laporan penuh akan dikeluarkan kemudian,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!