Lima sekeluarga nyaris dihanyutkan kepala air
SEMENYIH - Lima sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak nyaris dihanyutkan kepala air di Pusat Rekreasi Sungai Tekala di sini petang tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Penguasa Kanan Bomba I Hafisham Mohd Noor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Selangor menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 6.02 petang tadi.
Menurutnya, tujuh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih bergegas ke lokasi.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, anggota bomba mendapati lima mangsa yang terperangkap telah diselamatkan oleh orang awam.
"Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!