Tiga askar Pakistan, lima askar India maut pertempuran di Kashmir

- Foto AP
- Foto AP
A
A
A

ISLAMABAD - Tentera Pakistan mendakwa tiga askarnya dan lima askar India terkorban dalam pertempuran yang berlaku di sempadan Kashmir hari ini.

Menurut satu kenyataan dikeluarkan Tentera Pakistan, tentera India didakwa meningkatkan serangan di kawasan sempadan yang menjadi rebutan, yang dikenali sebagai Garisan Kawalan (LoC).

"Lima orang tentera India terbunuh dalam insiden berbalas tembakan, bagaimanapun ia belum boleh disahkan," kata kenyataan itu.

Kata kenyataan itu lagi, walaupun pertempuran seperti ini dianggap biasa, insiden hari ini hanya berlaku beberapa hari selepas kerajaan India melucutkan wilayah autonomi perlembagaan khasnya di rantau Islam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!