Snoopy Technology curi maklumat

A
A
A

DALAM era Internet of Things (IoT), ramai yang tidak menyedari wujud pelbagai implikasi. Ada syarikat besar telah dengan sengaja atau tidak sengaja melakukan kegiatan Snoopy Technology.

Ada yang meramalkan teknologi 5G akan memperkasakan lagi kegiatan Snoopy Technology dalam masa terdekat.

Kamus Merriam-Webster mendefinisikan maksud snoopy ialah sesuatu maklumat diperoleh secara intipan terutamanya maklumat peribadi tentang orang tertentu dilakukan secara tersembunyi atau tanpa pengetahuan pihak yang diintip.

Paling membimbangkan ialah snoopy drone boleh menjadi satu ancaman terbaru kepada pemilikan data peribadi seseorang. Kegiatan snoopy drone boleh mencuri semua maklumat yang ada dalam telefon seseorang tanpa disedari pemilik.

Snoopy Technology jika disalah guna boleh mendatangkan padah kerana sistem perisian merancang dan menghidupkan sesuatu pemalsuan secara grafik hierarki berasaskan struktur data dan ketergantungan perisian seperti Petri Nets yang dibangunkan Jabatan Sains Komputer Brandenburg University of Technology Cottbus-Senftenberg, Jerman.

Ketika melawat Jerman baru-baru ini bersama delegasi Menteri Besar Selangor, penulis cuba mendapatkan perisian tersebut yang dibangunkan bertujuan mendapatkan pengesahan sistem teknikal berasaskan perisian dan sistem semula jadi seperti rangkaian bio-kimia sebagai metabolik. Malangnya kerana kesuntukan masa, penulis gagal mendapatkan perisian berkenaan.Penulis terpanggil untuk mengupas tentang Snoopy Technology apabila berlaku polemik di kebanyakan universiti tempatan tentang isu free ride (menumpang nama) di kalangan ahli akademik dan kegiatan cuba mengawal pergerakan staf. Justeru, adakah Snoopy Technology boleh diaplikasi bagi mengawal gejala buruk itu?

Perisian

Sebenarnya teknologi Wide-Area Motion Imagery (WAMI) membolehkan pergerakan manusia dikawal dan dipantau.

WAMI ialah pendekatan pengawasan, peninjauan dan pengumpulan perisikan menggunakan perisian khusus serta sistem kamera kuat, diterbangkan dan untuk jangka waktu lama bagi menjejaki ratusan orang serta kenderaan bergerak.

WAMI juga disebut sebagai Pengawasan Berterusan Kawasan Luas (WAPS) atau Pengawasan Udara Di Kawasan Luas (WAAS).

Artikel Berkaitan:

Apatah lagi, ALLAH SWT menyebut dengan keras dalam surah al-Hujuraat [49:12] bermaksud: "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebagian prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu (mengintip) mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada ALLAH. Sesungguhnya ALLAH Maha Penerima Taubat Lagi Maha Penyayang.

”Memang benar tiada manusia di atas muka bumi yang maksum kecuali Nabi dan Rasul. Perbuatan mencari kesalahan orang lain lebih-lebih lagi dengan cara tajassus (mengintip) sangat dilarang.

Penulis agak terperanjat kerana Snoopy Technology telah dijelaskan dalam al-Quran tetapi disalah guna manusia tidak bertanggungjawab semata-mata mencari kepuasan duniawi sehingga mendapat peringatan daripada ALLAH sebagaimana dijelaskan dalam surah an-Najm [53:25-29]: “Maka hanya bagi ALLAH kehidupan akhirat dan kehidupan dunia. Berapa banyaknya malaikat di langit, syafaat mereka sedikit pun tidak berguna kecuali sesudah ALLAH mengizinkan bagi orang yang dikehendaki dan diredai (Nya). Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada kehidupan akhirat, mereka benar-benar menamakan malaikat itu dengan nama perempuan. Mereka tidak mempunyai sesuatu pengetahuan pun tentang itu. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan yang tiada berfaedah sedikit pun terhadap kebenaran. Maka berpalinglah (wahai Muhammad) daripada orang yang berpaling daripada peringatan Kami dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.”

Penulis berpendapat cukup malang sekali jika perbuatan salah dilakukan secara terang-terangan dan dalam kadar yang menjijikkan, dibiarkan begitu sahaja. Malah, ada kegiatan memalsukan data dilakukan dengan teknologi canggih. Pasti memporak-perandakan masyarakat.

Lantaran itu, keperluan sama ada untuk melakukan Snoopy Technology bergantung kepada niat sesebuah organisasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!