Mayat Nora Anne belum dituntut keluarga

Setelah dilaporkan hilang selama 10 hari, misteri di mana Nora Anne akhirnya terjawab. - Foto Bernama
Setelah dilaporkan hilang selama 10 hari, misteri di mana Nora Anne akhirnya terjawab. - Foto Bernama
A
A
A
SEREMBAN - Mayat Nora Anne Quoirin, 15, yang berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), masih belum dituntut ahli keluarganya setakat jam 8 pagi ini.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Mohd Nor Marzuki Besar yang dihubungi Sinar Harian hari ini.

Malah katanya, pihak polis juga masih tidak dapat memastikan bila keluarga akan menuntut mayat remaja Ireland itu.

"Mayat tidak dituntut lagi, kita akan maklumkan kemudian," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Nora Anne tidak dirogol, diculik

Semalam pada sidang media bersama, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop memaklumkan bahawa keluarga dibenarkan menuntut mayat remaja berusia 15 tahun itu pada bila-bila masa.

Namun, katanya, setakat ini keluarga masih belum membuat sebarang persiapan berkenaan perkara tersebut.

Mayat dipercayai remaja Ireland , Nora Anne Quoirin, 15 yang dilaporkan hilang ketika bercuti di sebuah resort di Pantai, di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk proses bedah siasat pada Rabu. - Foto Bernama
Mayat dipercayai remaja Ireland , Nora Anne Quoirin, 15 yang dilaporkan hilang ketika bercuti di sebuah resort di Pantai, di bawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) untuk proses bedah siasat pada Rabu. - Foto Bernama

Terdahulu, proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian remaja itu dilakukan pada jam 11.45 pagi hari Khamis dan selesai lebih 10 jam kemudianya.

Artikel Berkaitan:

Proses itu dikendalikan oleh Pakar Patologi Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng dan Pakar Forensik HTJ, Dr Hanif Mohammad.

Nora Anne disahkan mati akibat kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan untuk tempoh panjang, selain akibat tekanan berpanjangan.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Kes Nora Anne: Pendakwa Raya Paris buka kertas siasatan jenayah

Selain itu, hanya terdapat kesan calar kecil pada bahagian kaki mangsa dan mangsa juga dipercayai mati dua sehingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui.

Laporan bedah siasat juga mengesahkan bahawa tiada sebarang kesan dirogol atau elemen dilarikan serta diculik terhadap remaja Ireland itu.

Pada 4 Ogos lalu, gadis malang itu dilaporkan hilang setelah datang ke Malaysia dan bercuti bersama keluarga di resort The Dusun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!