150 juta berisiko ditimpa bencana

Tsunami akibat runtuhan bawah laut susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.- Foto AFP
Tsunami akibat runtuhan bawah laut susulan letusan gunung berapi Anak Krakatau menyebabkan kehilangan nyawa dan kemusnahan harta benda.- Foto AFP
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Lebih 150 juta daripada 245 juta penduduk Indonesia tinggal di kawasan risiko berlaku gempa bumi dan tsunami.

Sehubungan itu, persediaan menghadapi bencana perlu lebih baik, kata jurucakap Agensi Bantuan Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.

Menurut beliau, 148.4 juta warga Indonesia bermastautin di kawasan berisiko dilanda gempa bumi manakala 3.8 juta lagi di kawasan berisiko tsunami.

"Usaha mencegah bencana memerlukan sesuatu dibina atau dibangunkan bagi tujuan itu," kata Sutopo.

Beliau berkata demikian ketika taklimat operasi mencari dan menyelamat susulan tsunami yang melanda Selat Sunda malam Sabtu lalu.

Setakat ini, angka korban mencapai 430 orang dan 159 lagi masih hilang manakala 1,495 orang lagi cedera dan 22,000 penduduk kehilangan tempat tinggal. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!