Agong solat Jumaat di Maran
MARAN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menunaikan solat Jumaat di Masjid Daerah Maran (As-Syakirin) di sini hari ini.
Baginda yang memakai baju Melayu putih dan berseluar hitam tiba di masjid berkenaan kira-kira jam 1.10 tengah hari, diiringi Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman.
Kira-kira 5,000 jemaah menghadiri solat Jumaat itu.
Rakyat di daerah ini teruja dan tidak menyangka dapat melihat Seri Paduka baginda solat di kawasan mereka.
Sebaik solat Jumaat, Al-Sultan Abdullah bersalaman dengan jemaah dan rakyat turut mengambil kesempatan bergambar bersama baginda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!