Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
KUALA LUMPUR - Harga runcit RON97 dan RON95 masing-masing kekal pada paras RM2.49 dan RM2.08 seliter bagi tempoh 17 Ogos hingga 23 Ogos.
Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini menyebut harga runcit bagi diesel turut kekal pada RM2.18 seliter untuk tempoh sama.
Menurut kenyataan itu, harga runcit RON95 dan diesel bagi tempoh berkenaan sepatutnya masing-masing RM2.19 seliter dan RM2.21 seliter.
"Namun harga runcit bagi kedua-dua produk (RON95 dan diesel) adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum
dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat," menurut kenyataan itu.
Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh itu adalah RM47.10 juta. -Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!