Isu Lynas: PM akan teliti desakan penduduk Gebeng

Tun Dr Mahathir
Tun Dr Mahathir
A
A
A

SEPANG - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan meneliti desakan penduduk di Gebeng, Pahang yang mahukan kilang Lynas Malaysia Sdn Bhd ditutup.

Menurutnya, meskipun siasatan dijalankan baru-baru ini mengesahkan kilang tersebut tidak berbahaya namun penduduk setempat masih bimbang dengan kewujudan kilang berkenaan.

“Dalam kes Lynas, ada siasatan dilakukan dan mereka telah sahkan bahawa tiada bahaya pada projek itu.

“Tapi sudah pasti penduduk di sana masih berasa tidak selamat, merasakan ia perlu dihapuskan dari kawasan mereka.

“Baik, kami akan meneliti perkara itu,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Air Asia RedQ di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA2) di sini petang tadi.

AKAN MENYUSUL

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!