Banduan pilih kerusi elektrik, tolak suntikan maut

No Image Caption
A
A
A

WASHINGTON - Seorang banduan yang disabitkan bersalah melakukan dua pembunuhan menjalani hukuman mati menggunakan kerusi elektrik semalam, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) menolak rayuan saat akhirnya.

Stephen West yang memohon tidak mahu menggunakan suntikan maut, diumumkan meninggal dunia pada jam 7.27 malam (waktu tempatan) di Institut Keselamatan Maksimum Riverbrand di Nashville, kata Jabatan Pemulihan Tennessee dalam kenyataan bertulis.

Beberapa jam sebelum itu, Mahkamah Agung menolak rayuan akhirnya tanpa memberi ulasan.

West yang didapati bersalah membunuh seorang wanita dan anak perempuannya pada 1986 ialah banduan AS ke-11 dihukum mati tahun ini.

Peguam beliau berkata, West percaya kerusi elektrik adalah pilihan kurang menyakitkan berbanding suntikan maut. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!