Keluarga Nora Anne mungkin minta bedah siasat kedua
SHAH ALAM - Ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dilapor mungkin meminta bedah siasat kedua dilakukan terhadap mayat anak mereka itu.
Memetik laporan portal Daily Mirror, Maebh Jaseprine Quoirin, 45 dan Sebastian Marie Philipe, 47, sedang membincangkan perkara itu bagi memastikan ahli patologi tidak terlepas sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kematian Nora Anne.
Memetik sumber, Daily Mirror melaporkan, mereka mungkin meminta bedah siasat diadakan di Britain atau Perancis di mana siasatan polis berhubung kes tersebut masih diteruskan.
"Mereka sedang membincangkan dan sedang menunggu laporan DNA, sel stem dan toksikologi sebelum membuat keputusan," kata sumber itu.
Mayat Nora Anne ditemukan kira-kira jam 1.57 petang Selasa lalu oleh sekumpulan pendaki yang menyertai operasi SAR kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang sejak 4 Ogos lalu.
ARTIKEL BERKAITAN:
Remaja warga Ireland dilapor hilang di Seremban
10 hari kehilangan Nora Anne akhirnya terungkai
Terlerai persoalan, lapar, stres punca Nora Anne maut
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!