Telantar sakit selepas jual buah pinggang
CHENZHOU - CHINA. Seorang lelaki terlantar sakit gara-gara menjual salah satu buah pinggangnya untuk membeli telefon pintar Iphone.
Kisahnya kembali tular meskipun ia berlaku tujuh tahun lalu.
Xiao Wang ketika itu baru berusia 17 tahun terlalu taksub untuk memiliki Iphone 4 hingga sanggup menjual buah pinggangnya dengan harga AS$3,192 (RM13,331).
Memperolehi keuntungan luar jangkaan, dia bersetuju dan pergi ke Chenzhou tanpa pengetahuan ibu bapanya untuk melakukan pembedahan di hospital yang tidak diiktiraf.
Memetik portal World of Buzz, difahamkan Xiao akan pulih selepas seminggu melakukan pembedahan namun ia bertukar menjadi mimpi ngeri.
Ini kerana luka Xiao terkena jangkitan hingga dia terpaksa merujuk kepada hospital kerajaan.
Namun nasib malang menimpanya, buah pinggang satu lagi telah rosak dan tidak boleh diselamatkan.
Mula saat itu, Xiao terlantar atas katil dan perlu menjalani rawatan hemodialisis.
Memandangkan dia bukan dari keluarga senang, Xiao telah membebankan keluarganya untuk membiayai kos rawatan.
Meskipun mendapat pampasan dari kecuaian hospital tidak diiktiraf tetapi ia masih tidak mencukupi tambahan pula keadaan Xiao kini lumpuh sekaligus tiada pendapatan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!