Zakir ada hak buat laporan polis: Charles

Charles menerusi hantaran di Facebooknya semalam menegaskan Zakir berhak membuat laporan polis berhubung dakwaannya
Charles menerusi hantaran di Facebooknya semalam menegaskan Zakir berhak membuat laporan polis berhubung dakwaannya
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menegaskan pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik mempunyai hak untuk membuat laporan polis susulan dakwaan mengatakan beliau difitnah.

Charles dalam satu hantaran di Facebook, berkata demikian selepas Zakir dilaporkan membuat laporan polis dengan menamakan lima individu termasuk dirinya yang didakwa memfitnah berdasarkan kenyataan disiarkan di media sosial dan laman sesawang mereka berhubung syarahan pendakwah itu di Kota Bharu, Kelantan pada 8 Ogos lalu.

Menerusi hantaran sama, Santiago menulis 'biar polis menyiasat (laporan) dan saya akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu siasatan'.

"Saya akan buktikan bahawa saya tidak salah memetik kenyataan Zakir.

"Saya adalah warganegara Malaysia dan dipilih sebagai wakil rakyat...Tindakan saya juga dibuat adalah demi kepentingan bangsa, rakyat, perpaduan kaum dan keselamatan negara," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Zakir Naik lapor polis terhadap lima individu termasuk Kulasegaran

Terdahulu, Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib mengesahkan Zakir membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada jam 10.50 pagi semalam, sebelum laporan itu dirujuk ke IPD Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Berdasarkan laporan itu, Zakir menamakan lima individu yang memfitnahnya selain Charles Santiago, Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam, Satees Muniandy dan bekas duta Malaysia ke Kanada, Datuk Dennis J Ignatius

Artikel Berkaitan:

Menerusi laporan sama, Zakir turut menyenaraikan 11 pautan artikel yang didakwa kenyataan fitnah dibuat lima individu terbabit, selain memberitahu kenyataan media dan artikel berkenaan telah memesong dan mengelirukan orang ramai berhubung maksud sebenar ceramahnya semasa berdakwah mengenai keamanan serta keharmonian antara rakyat negara ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!