Imigresen cekup 32 PATI

Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di sekitar Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buloh, kelmarin.
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi di sekitar Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buloh, kelmarin.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Jabatan Imigresen menahan seramai 32 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam operasi di sekitar Pusat Kawalan Kusta Negara di sini kelmarin.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi yang dibantu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Selangor itu dijalankan bermula jam 10.30 pagi.

"Seramai 72 warga asing diperiksa dan 32 daripadanya ialah PATI termasuk 10 wanita berusia lingkungan 19 hingga 73 tahun yang terdiri daripada 31 warga Indonesia dan seorang Bangladesh.

"Pemeriksaan mendapati PATI ini dikesan melakukan kesalahan tidak memiliki permit sah, tinggal lebih masa selain melanggar syarat pas," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Antara lokasi di sekitar Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buloh yang diserbu Imigresen, kelmarin.
Antara lokasi di sekitar Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buloh yang diserbu Imigresen, kelmarin.

Menurutnya, seorang wanita tempatan disyaki majikan PATI terbabit turut ditahan untuk membantu siasatan.

"Semasa serbuan, terdapat cubaan segelintir PATI melarikan diri dan bersembunyi setelah mengesan kehadiran pihak berkuasa, namun gagal apabila kita menghidu tindakan mereka lebih awal.

"Kesemua PATI yang ditahan dibawa ke Pejabat Penguatkuasa Imigresen Selangor untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Antara lokasi di sekitar Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buloh yang diserbu Imigresen, kelmarin.
Antara lokasi di sekitar Pusat Kawalan Kusta, Sungai Buloh yang diserbu Imigresen, kelmarin.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!