Perketat pemilihan calon wakil rakyat

Baldip Singh
Baldip Singh
A
A
A

IPOH - Pimpinan PKR di peringkat negeri dan pusat digesa supaya memperketatkan pemilihan calon mewakili parti itu dalam pilihan raya akan datang.

Naib Pengerusi PKR Perak, Baldip Singh berkata, perkara itu penting dalam memastikan wakil rakyat dipilih benar-benar berkualiti bukan sahaja berpendidikan tinggi.

Menurutnya, pemimpin yang dilantik atau wakil rakyat dipilih harus menjadi aset kepada parti dan tidak memberikan kenyataan yang boleh merugikan parti.

"Pengalaman dalam politik sahaja tidak cukup untuk menjadi syarat seseorang itu layak menjadi calon wakil rakyat. Tetapi disiplin dalam parti dan tahap pendidikan perlu juga dilihat sebagai kriteria utama.

"Kita tidak mahu ada pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang merugikan parti disebabkan faktor disiplin dan tahap intelektual mereka. Sebarang tindakan atau kenyataan tidak bijak oleh pemimpin seperti ini menyebabkan parti menerima tempias negatif," katanya kepada Sinar Harian.

Baldip berkata, sudah sampai masanya parti meneliti latar belakang calon yang dicadangkan sebelum membuat keputusan untuk meletakkan mereka bertanding.

Katanya, parti berdepan cabaran besar pada masa akan datang dengan pertambahan pengundi muda baharu dan pemikiran calon perlu selari dengan kehendak semasa.

Beliau berkata, pertimbangan sewajarnya perlu dibuat dalam pemilihan calon berdasarkan pelbagai faktor dan bukan atas dasar tempoh perkhidmatan kepada parti semata-mata.

"Apa gunanya menjadi wakil rakyat banyak penggal tetapi tak membantu parti? Diberikan peluang mewakili parti di Parlimen tetapi cetus kontroversi yang memalukan parti?

Artikel Berkaitan:

"Sesiapa pun dipilih selepas ini kena pastikan mereka tidak menjadi beban kepada parti. Malah jika ada pemimpin merasakan mereka beban kepada parti, berundurlah," katanya.

Baldip berkata, PKR mempunyai ramai tokoh dan pelapis berwibawa untuk diketengahkan sebagai pemimpin manakala bekas-bekas pemimpin pula boleh membimbing serta berkongsi pengalaman buat generasi muda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!