Gara-gara sandwic!
BOBIGNY - Seorang pelayan di sebuah restoran berhampiran Paris maut ditembak seorang pelanggan hanya kerana tidak sabar menunggu sandwic.
Rakan mangsa bertindak segera menghubungi polis selepas kejadian di pinggir Noisy-le-Grand di timur ibu negara Perancis pada malam Jumaat lalu.
Bagaimanapun pelayan berusia 28 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut saksi, pelanggan terbabit hilang sabar selepas sandwic yang dipesannya lambat disediakan.
Suspek seorang lelaki bertindak melarikan diri. Kes sedang disiasat polis. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!