Berkayak sambil kibarkan Jalur Gemilang

Seramai 15 peserta dari enam negeri menyertai Ekspedisi Kayak Semarak Kemerdekaan 2019 di Parit di sini semalam.
Seramai 15 peserta dari enam negeri menyertai Ekspedisi Kayak Semarak Kemerdekaan 2019 di Parit di sini semalam.
A
A
A

PARIT - Seramai 15 peserta dari lima negeri menyahut cabaran berkayak sejauh 38 kilometer dalam Ekspedisi Kayak Semarak Kemerdekaan 2019 di sini semalam.

Pengarah program, Murad Mohd Kassim berkata, ekspedisi lasak itu bermula dengan merentasi Sungai Perak dari Kem Rekuda, Kampung Bekor dan berakhir di Pulau Misa Melayu, Bota.

Menurutnya, objektif utama program itu adalah untuk menyemarakkan bulan kemerdekaan menerusi aktiviti sukan itu.

"Mereka termasuk empat wanita merupakan peserta dari Selangor, Perlis, Kedah, Kelantan dan Negeri Sembilan selain Perak membawa misi masing-masing berkayak menyusuri sungai dengan mengibarkan Jalur Gemilang.

"Aktiviti ini bukan sahaja menguji kemahiran mental dan fizikal malah dapat memupuk perpaduan dan semangat kerjasama dalam kalangan mereka," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Murad (duduk, depan) bersama peserta kayak mengabdikan kenangan di Menara Jam Parit yang dibina sempena Kemerdekaan pada 1957.
Murad (duduk, depan) bersama peserta kayak mengabdikan kenangan di Menara Jam Parit yang dibina sempena Kemerdekaan pada 1957.

Murad yang juga pengkayak solo negara berkata, peserta turut berdepan dengan halangan morfologi air atau arus yang tidak menentu dalam ekspedisi itu.

Katanya, kesemua peserta yang berpengalaman itu turut bertemu dengan lebih 100 penduduk untuk berkongsi pengalaman dan pengenalan sukan itu.

Artikel Berkaitan:

"Kita menyediakan klinik kayak kepada penduduk pada hentian di Dataran Kampung Merua di sini. Ini sebagai satu pendedahan kepada generasi muda untuk mencuba aktiviti lasak ini.

"Pada waktu malam pula, kita akan berkongsi akan pengalaman dan pendedahan asas kelangsungan hidup selain aspek keselamatan. Perkongsian itu dijadikan motivasi kepada anak muda untuk terus berbakti kepada negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!