Op SAR warga Singapura tumpu pesisir pantai

No Image Caption
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga Singapura Tan Eng Soon yang hilang ketika berkayak di perairan Mersing, Johor yang masuk hari ke-10 hari ini diteruskan dengan sektor pencarian seluas 100 batu nautika persegi dari pesisir pantai Merchang, Marang hingga ke muara Kuala Terengganu.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu, Kapten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, keluasan pencarian hari ini diperkecilkan berbanding 300 batu nautika persegi semalam bagi memberi tumpuan pencarian di pesisir pantai.

"Operasi SAR yang dikoordinasikan oleh APMM hari ini melibatkan aset laut sebanyak enam buah bot milik pelbagai agensi keselamatan yang mana berlaku pertambahan daripada jumlah aset yang digunakan berbanding empat buah bot semalam.

“Keadaan laut yang bergelora turut menyukarkan operasi pencarian yang dijalankan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, seramai 80 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia turut sama terlibat dalam usaha pencarian yang bermula pukul 8 pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berkayak: Pencarian diperluas hingga ke Pulau Kapas

Dua warga Singapura hilang di laut

Tan, 62, dan seorang lagi rakan senegaranya, Puah Geok Tin, 57, dilaporkan hilang pada 8 Ogos selepas kayak yang dinaiki mereka terpisah dengan 13 lagi rakan di antara Pulau Sri Buat, Pahang dan Pulau Mertang di Mersing, Johor berikutan laut bergelora dan angin kuat.

Artikel Berkaitan:

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi berkayak: Nelayan nampak mayat terapung

Pada Rabu, mayat Puah ditemukan di perairan Kuala Kemaman dan susulan penemuan itu, Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) telah diwujudkan di pejabat Zon Maritim Kemaman, sejak Khamis lepas.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!