Warga emas rugi RM49,000 diperdaya sindiket cabutan bertuah

(Gambar kecil, Noorzainy)
(Gambar kecil, Noorzainy)
A
A
A

KEPALA BATAS - Akibat teruja dengan tawaran hadiah cabutan bertuah yang menjanjikan pulangan wang sebanyak RM150,000, seorang warga emas diperdaya sindiket skim cabutan bertuah sejak 2016 hinggalah awal tahun ini.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, wanita berusia 75 tahun sebelum ini didatangi sindiket berkenaan beberapa kali ke rumahnya untuk memperdaya mangsa dengan menjanjikan hadiah lumayan.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun mangsa telah didatangi sindiket sebanyak empat kali dan dia dibawa ke sebuah bank untuk keluarkan wang dan menyerahkan wang tersebut kepada sindiket.

"Jumlah keseluruhan wang yang diserahkan sebanyak RM49,000 secara berperingkat yang mana wang tersebut dijanjikan akan dipulangkan semula.

"Kali terakhir mangsa serahkan wang kepada sindiket adalah hujung Mac 2019 dan dia sering dihubungi sindiket untuk menerima arahan lanjut sebelum dia kononnya akan dapat memenangi hadiah cabutan bertuah berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini.

Noorzainy berkata, mangsa mula berasa curiga dan takut kerana sering dipaksa serahkan wang akhirnya menceritakan hal tersebut kepada anaknya kelmarin.

Katanya, selepas mengetahui hal tersebut mangsa ditemani anaknya terus buat laporan polis untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa sekali lagi didatangi oleh sindiket ke rumahnya dan berbekalkan maklumat yang diberikan polis telah menahan seorang wanita di pekarangan rumah mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara untuk proses reman dan tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!