Cemas enjin kereta tiba-tiba terbakar

Orang ramai membantu memadamkan api di bahagian enjin kereta menggunakan air bertakung dari lopak tepi jalan.
Orang ramai membantu memadamkan api di bahagian enjin kereta menggunakan air bertakung dari lopak tepi jalan.
A
A
A

KOTA BHARU - Seramai lima individu yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) sempat menyelamatkan diri apabila kenderaan itu tiba-tiba terbakar di Kampung Tapang, kira- kira jam 11 malam tadi.

Pemandu MPV itu, Muhammad Nurul Hakim Zainuddin, 20, berkata, ketika itu dia dalam perjalanan dari rumah neneknya di Bachok untuk pulang ke rumahnya di Jalan Bayam.

Menurutnya, dia menaiki kenderaan itu bersama dua lagi ahli keluarga dan dua rakannya yang lain.

“Masa sampai dekat JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) saya bau asap. Tak lama lepas tu kereta mula mengeluarkan asap berkepul-kepul di bahagian enjin. Saya terus berhentikan kereta tepi jalan dan kami semua keluar selamatkan diri.

“Bila buka bonet depan nampak ada api dari bahagian enjin. Mujurlah ia tak sempat merebak kerana ada orang ramai yang berhenti membantu kami memadamkan api guna air dari lopak tepi jalan. Saya pula terus hubungi bomba untuk dapatkan bantuan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi berkenaan.

Ujarnya lagi, pihak bomba tiba sejurus selepas dihubungi dan memeriksa keadaan serta keselamatan kereta tersebut.

"Selepas kereta diperiksa saya kemudiannya menghubungi mekanik untuk membolehkan kereta ditunda ke bengkel berdekatan," katanya.

Muhammad Nurul Hakim berkata, sebelum ini keretanya tidak pernah mengalami kerosakan teruk dan hanya menjalani pemeriksaan rutin seperti biasa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, dia bagaimanapun bersyukur kerana semua penumpang sempat menyelamatkan diri dan mereka hanya terkejut dengan kejadian berkenaan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!