Tiga lagi penduduk Palestin dibunuh tentera Israel

No Image Caption
A
A
A

GAZA CITY - Sekurang-kurangnya tiga lagi penduduk Palestin dibunuh tentera Israel di utara Semenanjung Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin hari ini.

Kementerian itu menambah, seorang lagi mangsa dimasukkan ke hospital akibat ditembak berhampiran pagar sempadan yang memisahkan Gaza dan Israel.

Pembunuhan itu berlaku beberapa jam selepas tiga roket dilancarkan dari Gaza yang ditadbir Hamas ke wilayah diduduki.

Sementara itu, tentera Israel dalam kenyataannya berkata, sistem pertahanan udara Iron Dome berjaya memintas dua daripada tiga roket berkenaan.

Siren udara turut dibunyikan di bandar selatan Sderot dan kawasan kelilingnya.

Tiada kerosakan atau kehilangan nyawa dilaporkan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!